Tiverton
(Rhode Island): Seorang lelaki yang berat badannya 254 kilogram,
berbasikal menjelajah seluruh Amerika Syarikat bagi mengurangkan berat
badannya. The Daily News melaporkan, rim basikalnya yang bengkok menyebabkan
Eric Hite terkandas di Tiverton sejak minggu lalu, kira-kira 140
kilometer dari tempat dia memulakan penjelajahan di Falmouth,
Massachusetts. Syarikat Newport Bicycle sedang menyediakan basikal yang sesuai dapat menampung berat badannya. Menurut Hite, 40, selepas dua minggu berbasikal, berat badannya turun 27 kilogram. Lelaki itu kini memakai seluar bersaiz 70 manakala kemeja T bersaiz
10X dan berharap dapat mengurangkan 45 kilogram serta mengumpul bahan
untuk bukunya melalui jelajah itu. Buku pertamanya sebelum ini, bercorak masakan yang kelakar mengandungi 50 resipi yang dihasilkannya ketika di kolej.
Catat Ulasan