Kempen lapor akaun media sosial Azwan Ali dilancarkan


 KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial mewujudkan satu kempen bagi mendesak penyedia aplikasi media sosial agar menutup akaun media sosial milik personaliti terkenal Azwan Ali. Kempen #JomReportAzwanAli menyeru pengguna Twitter dan Instagram agar bersama-sama melaporkan akaun Azwan Ali yang dianggap sering mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak bersesuaian dengan budaya. Semalam, akaun Twitter personaliti terkenal itu didakwa ditutup berikutan laporan yang telah dibuat oleh orang ramai. Kebiasaannya, pihak pengendali Twitter akan membuat penilaian sebelum menutup akaun yang dilaporkan. Namun Azwan menerusi laman Instagram menjelaskan bahawa akaun Twitternya ditutup adalah atas pilihan sendiri dan bukannnya sebab atas tindakan pihak pengurusan Twitter. Sebelum penutupan akaun Twitter Azwan Ali dilihat memuat nak beberapa status bagi menjelaskan perkara itu. Bulan Ramadan lalu, personaliti terkenal yang berusia 49 tahun ini dihentam teruk oleh para pengguna Twitter kerana memaki seorang peminat ekoran salah faham mengenai nama restoran.

sumber : astro awani - Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget