Kelab malam dibom

ZAMBOANGA, Filipina – Satu letupan kuat memusnahkan sebuah kelab malam di selatan Filipina dengan seorang terbunuh, manakala sembilan yang lain tercedera, kata polis semalam.Serangan itu menyebabkan siling kelab malam dua tingkat itu hancur manakala beberapa kerusi bar bertaburan di sebatang jalan raya di bandar Zamboanga kelmarin, kata seorang jurucakap polis, Alexander Mabalot. “Juruwang kelab malam itu terbunuh sementara enam pekerja bar dan tiga pengunjung lelaki yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kata Mabalot. Beberapa penyiasat pihak berkuasa masih meneliti serangan tersebut dan mencari serpihan bom di lokasi kejadian.

Setakat ini, masih belum ada pihak sama ada pengganas atau kumpulan penjenayah mengaku melakukan serangan itu. “Bandar kami berada di bawah ancaman berterusan daripada pengganas dan kumpulan jenayah,” kata Mabalot. Bandar pelabuhan Zamboanga yang terletak di barat daya Mindanao merupakan kawasan di mana rangkaian militan Al-Qaeda bergerak aktif. Selatan Filipina musnah akibat keganasan yang dilancarkan gerila pemisah Islam, puak pelampau Al-Qaeda dan kumpulan pemeras ugut

laporan : kosmo online - Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget