Janda dicekup khalwat 2 lelaki

 Butterworth : Selepas dua kali dicekup berkhalwat sejak tiga tahun lalu selain pernah melarikan diri ketika dibawa ke mahkamah, akhirnya janda berusia 26 tahun ditahan selepas dicekup buat kali ketiga selepas dua tahun diburu pihak berkuasa di sebuah bilik hotel di Bukit Mertajam di sini, awal pagi semalam.  Dalam kejadian jam 1 pagi, wanita itu bersama dua lelaki bukan muhrim serta anak lelakinya berusia setahun dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi cegah maksiat khas Ambang Ramadan. Difahamkan, janda berkenaan dicekup selepas lebih dua tahun diburu JHEAIPP selepas dia melarikan diri daripada tahanan ketika dibawa ke mahkamah sebelum satu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya. Ketua Unit Penguat kuasa JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, ketika ditahan, wanita itu berbaring bersama anak lelakinya serta dua lelaki bukan muhrim berusia antara 20 hingga 30-an. Beliau berkata, dalam dua kejadian sebelum ini, wanita berkenaan ditahan kerana berkhalwat bersama dua lelaki lain di dua hotel berasingan sebelum menghilangkan diri lebih dua tahun.

sumber : harian metro - Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget