Melaka: Seorang wanita dipercayai rakyat tempatan yang sudah bersuami
tergamak mengambil jalan mudah menjual tubuh bagi mendapatkan sumber
pendapatan hingga sanggup menipu keluarganya di Sarawak. Wanita berusia 24 tahun itu antara dua wanita yang ditahan sepasukan
anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Melaka di sebuah hotel bajet di Jalan Laksamana Cheng Ho di
sini, kelmarin. Dalam serbuan jam 7 malam itu, wanita terbabit sedang memadu asmara
bersama seorang lelaki tempatan dalam sebuah bilik di tingkat empat
hotel itu dan mengakui kali pertama datang ke negeri ini semata-mata
mahu mendapatkan pelanggan. Menurutnya, bagi mengelak perbuatan jijik itu diketahui keluarganya,
dia memberi alasan mahu bertemu suaminya yang bekerja di ibu negara. “Melalui seorang rakan, saya diperkenalkan kepada bapa ayam dan dia
yang mengaturkan semuanya dengan syarat RM100 daripada bayaran RM180
yang saya terima diserahkan kepadanya.
Catat Ulasan