Dua parah disimbah asid oleh penyewa

 ALOR SETAR: Hasrat mendapatkan duit sewa rumah bertukar pengalaman ngeri buat tiga beradik bersama empat rakannya. Mereka cedera disimbah asid oleh seorang lelaki yang juga penyewa rumah terbabit di Kampung Baru, Kuala Kedah, di sini, malam tadi. Kejadian berlaku sekitar 7.00 malam di luar rumah sewa berkenaan. Ia mengakibatkan Mohd Khairul Izzat Mohd Zaki, 22, dan rakannya Mohd Sufri Zulkifli, 19, cedera parah di bahagian muka. Turut cedera dalam kejadian berkenaan ialah dua lagi adik mangsa Mohd Khairul, Hasbullah Mohsin, 19, Ahmad Humaidi, 11, serta seorang lagi rakan mereka Lokman Hakim Said, 22. Menurut seorang saksi, yang juga rakan mangsa, Shaufik Subri,  ketika kejadian mereka sedang berbincang dengan suspek yang baru  pulang daripada membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Kedah.

“Ketika kejadian sedang duduk tengok surat.. hendak baca, tiba tiba dia simbah. Yang lain ingatkan air biasa, tengok-tengok gatal, kami terjun masuk sungai, pedih-pedih dan sakit,” kata Saufik. Kesemua mangsa  kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan lanjut. Satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Kuala Kedah. Sementara Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Rohana Omar ketika dihubungi Bernama berkata suspek yang berumur 63 tahun telah ditahan malam tadi dan akan disiasat kerana mendatangkan kecederaan. Suspek juga direman mulai hari ini hingga 29 Julai, katanya. 

sumber : astro awani- Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget