Zhongshan (China): Seorang kanak-kanak dipaksa mengemis dalam keadaan
berbogel di jalan raya di sini, semalam oleh ibunya sebagai cara untuk
menghukumnya. Dalam gambar yang menjadi viral dalam laman sosial China, ibu
kanak-kanak itu dilihat berdiri di sebelahnya dengan berpakaian lengkap
sambil memegang mangkuk. Wanita itu juga merotan anaknya sekali atau dua dengan wayar yang
dipungut di tepi jalan, menurut seorang pengawal keselamatan yang berada
di tempat kejadian.Orang ramai yang lalu di situ berusaha membantu kanak-kanak itu.
Tetapi selepas didesak, si ibu membenarkan kanak-kanak itu memakai baju,
tetapi mangsa tidak berani berdiri sehingga seorang lelaki datang
mengangkatnya,
Menurut laporan, kanak-kanak itu dihukum selepas dia mencederakan rakan sekelasnya dalam satu pergaduhan. Sebagai hukuman, dia dipaksa berbogel dan meminta sedekah untuk mendapatkan wang bagi membayar ganti rugi. Sebahagian pengunjung laman sosial mengecam tindakan wanita itu dengan menyifatkannya sebagai kejam
dipetik daripada : harian metro - Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Catat Ulasan