BSN Nafi ATM Keluarkan Wang Secara Tiba-Tiba

SHAH ALAM - Bank Simpanan Nasional (BSN) menafikan dakwaan mesin pengeluaran wangnya di BSN cawangan Jalan Tun Razak, Alor Setar mengeluarkan wang sebanyak RM500 secara tiba-tiba. BSN  dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan telah menjalankan siasatan yang terperinci terhadap perkara berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang, Kedah. “Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (cctv) mendapati bahawa masalah itu timbul  disebabkan oleh kecuaian seorang pelanggan tertinggal  kad  pintar BSN miliknya secara tidak sengaja selepas membuat transaksi pemindahan wang. Akibatnya  individu lain mengambil kesempatan  mengeluarkan wang menerusi mesin yang sama,” katanya. Jelas kenyataan itu, BSN menegaskan bahawa setiap ATM BSN dilengkapi oleh sistem keselamatan yang tinggi dan selamat untuk digunakan oleh para pelanggan BSN.

"Di samping itu, kami juga ingin menasihati setiap pelanggan kami agar sentiasa peka dengan penggunaan kad ATM ketika menjalankan transaksi perbankan di mesin-mesin ATM mahupun di kaunter-kaunter BSN berdekatan anda.  "BSN juga berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan laporan yang tidak sahih mengenai perkara ini dan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1-800-88-1900 sekiranya terdapat sebarang kesulitan atau sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan produk kami. "BSN menghargai maklum balas dari  orang ramai dan akan terus menyediakan akses perbankan yang mudah, selamat dan selesa untuk semua pelanggan kami," menutut kenyataan itu. Sinar Harian hari ini melaporkan seorang peniaga terkejut apabila mesin juruwang automatik (ATM) tiba-tiba mengeluarkan wang sebanyak RM500 sebelum dia memasukkan kad pintar miliknya di Alor Setar, baru-baru ini. Wan Mohd Assamudin Ahmad, 50, berkata, semasa mahu mengeluarkan wang simpanannya di Bank Simpanan Nasional (BSN), Jalan Tun Razak, Alor Setar, pada 31 Mac lalu, dia gagal memasukkan kad pintarnya di dalam ATM di situ.

sumber : sinar harian - Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget