Anak Zur Eda Nafi Ibunya Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Anak sulung kepada penyanyi terkenal tahun 1980-an, Zur Eda iaitu Siti Sarah menafikan khabar angin tentang kematian ibunya seperti mana disebarkan di laman sosial pelakon  Fauziah Nawi pada Jumaat. Siti Sarah, 26, berkata, perkara tersebut tidak benar dan keadaan kesihatan ibunya kini bertambah baik selepas pembedahan buah pinggang pada awal Julai lalu. "Saya terkejut apabila ramai kenalan dan saudara kami telefon untuk bertanyakan tentang berita ibu saya meninggal dunia dan ingin ditegasakan khabar angin itu tidak benar,”  ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Siti Sarah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang berita kematian penyanyi Zur Eda, 50, yang dimuat naik di laman sosial pelakon veteran Fauziah Nawi pada petang Jumaat. Tamba Siti Sarah, dia sentiasa menemaskini tentang kesihatan Zur Eda menerusi akaun laman sosial ibunya itu dari semasa ke semasa."Kalau betul ibu meninggal kenapa pula saya  tak beritahu kepada umum dan ini bukan perkara main-main. Saya juga sentiasa berkongsi perkembangan keadaan kesihatan ibu sejak dia jatuh sakit menerusi Facebook milik dia," ujarnya.

sumber : mstar online - Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget