Aksi panas ‘pengarah filem’

Melaka: Seorang ‘pengarah filem’ wanita warga China antara yang ditahan Jabatan Imigresen Melaka (JIM) ketika dia leka melayan pelanggan di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, di sini, jam 1 pagi semalam. Wanita berusia lewat 30-an itu antara 13 wanita warga asing yang ditahan kerana disyaki bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dalam Op Ikrar di premis hiburan berkenaan.
Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen negeri Abu Bakar Sidek Hasan berkata, pihaknya curiga selepas semakan pada pasport dan pas Iktisas milik wanita itu tertera pekerjaannya iaitu sebagai pengarah filem. “Kami menahan wanita itu selepas dia disyaki bekerja sebagai GRO di premis hiburan berkenaan, semakan juga akan dilakukan untuk mengesahkan status sebenar pekerjaannya sama ada pengarah filem sama seperti tertera pada dokumen perjalanan atau sebaliknya. “Selain wanita itu kami turut menahan lapan lagi rakan senegaranya dan empat wanita warga Vietnam dalam pemeriksaan dijalankan di premis berkenaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

sumber : harian metro - Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget