badukan.com

Latest Post


YAN – Seorang warga emas berusia 71 tahun menerima tujuh jahitan pada keningnya selepas ditumbuk anaknya dalam kejadian di sebuah kampung di Sungai Limau di sini tiga hari lalu. Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata dalam kejadian 4.40 petang Rabu itu, mangsa dikatakan mahu keluar dari rumah menerusi pintu belakang untuk memberi makan ayam peliharaannya.

Anak mangsa berusia 38 tahun yang ketika itu sedang duduk di situ tidak berpuas hati dan marah apabila bapanya meminta dia beralih dari situ lalu bertindak memukul muka mangsa.

Mangsa yang tidak melawan telah mengalami kecederaan pada bahagian kening sebelah kanan lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya suspek ditahan pada 11 malam hari sama dan ujian air saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu juga postif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya. 

sumber : bernama

PETALING JAYA: Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membidas Pemuda Umno kerana menggunakan “cybertroopers” untuk mempersoalkan ketiadaannya sewaktu 2 perlawanan bola sepak Kumpulan A Sukan SEA baru-baru ini yang menyaksikan kemenangan Malaysia menewaskan Brunei dan Singapura. “Kepada En. Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan ‘cybertroopers’ awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang ‘bos’ awak,” tulis TMJ di Facebook hari ini, dipercayai merujuk kepada Ibdillah Ishak, ahli exco Pemuda Umno yang mempengerusikan Biro Media Sosial sayap itu.

TMJ yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini pernah mengkritik Menteri Kebudayaan dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana tidak menghadiri perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam Mei lepas. Khairy, yang juga ketua Pemuda Umno, baru-baru ini turut menjadi sasaran TMJ yang menyindir kebolehannya dalam skuad polo negara Sukan SEA.

“Tiada sesiapa yang nak jatuhkan ‘bos’ awak,” kata TMJ kepada Ibdillah dalam catatannya hari ini.

“Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari negeri Johor.”

Walaupun tidak menyebut Khairy secara khusus, TMJ berkata beliau tidak boleh dibandingkan dengan ahli politik seperti menteri sukan itu. Menurutnya, tidak seperti sesetengah orang yang “hanya tunjukkan muka di stadium”, beliau tidak mempunyai kepentingan politik.

“Saya bukan orang yang ingin menjadi popular tetapi ghaib apabila bola sepak negara memerlukan sumbangan,” kata TMJ, sambil menyentuh dana RM4 juta yang diberikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim kepada FAM untuk membantu struktur skuad kebangsaan dan liga tempatan.

Menurutnya, beliau tidak berniat mengungkit sumbangan ayahnya. Sebaliknya, TMJ berkata beliau bukan ahli politik yang cuba meraih populariti, sambil mempersoalkan sumbangan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika FAM bergelut dengan masalah kewangan.

“Saya tidak salahkan pihak KBS yang tidak berikan duit kepada FAM. Maklumlah, isu duit berjumlah RM100 juta duit rakyat pun tidak dijawab lagi macam mana mereka nak bagi duit kepada kami,” tambahnya merujuk seorang pegawai kanan kementerian itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana RM100 juta tahun lalu.

TMJ turut membidas sikap “busuk hati” sesetengah orang Melayu yang menurutnya lebih banyak menghina raja-raja Melayu “jika dibandingkan dengan India atau Cina”. “Tetapi apabila susah dan tersempit dengan ahli politik barulah bangsa Melayu ini mencari raja-raja mereka,” kata TMJ dalam kenyataan dimuat naik di Facebook hari ini.

Mengenai ketiadaannya ketika pasukan Malaysia menentang Brunei dan Singapura baru-baru ini, TMJ berkata ia kerana beliau bercuti di luar negara.

“Dari awal tahun hingga sekarang, saya belum bercuti lagi bersama keluarga saya wahai encik-encik yang saya hormati sekalian. Tetapi usah risau, kerana saya sudah menghantar wakil saya iaitu Menteri Belia Sukan yang bersemangat berkhidmat untuk negara dah datang memberi sokongan,” katanya.

sumber : freemalaysiatoday

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, hari ini, memerintahkan tiga ahli kumpulan rock Search membayar ganti rugi hampir RM500,000 kepada AF Jets Sdn Bhd atas dakwaan melanggar perjanjian berhubung pembatalan Konsert Search 35 Tahun, tahun lalu.

Hakim M Gunalan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan AF Jets bagi mendapatkan penghakiman ingkar terhadap pemain gitar Noordin Mohd Taib, 55, pemain gitar utama Hamzah Mohd Taib atau Kid, 50, dan pemain gitar bass Nasir Daud, 58. Ia berikutan ketiga-tiga mereka gagal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan syarikat itu.

Melalui prosiding, AF Jets sebagai plaintif berjaya memperoleh ganti rugi khas berjumlah RM494,079.71, selain ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan ditaksirkan kemudian. Peguam Adnan Seman ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya masih meneruskan saman terhadap vokalis Amy Search atau Suhaimi Abd Rahman, 59.

Plaintif memfailkan saman itu pada 14 Oktober tahun lalu, mendakwa mereka melanggar perjanjian persefahaman membabitkan kerjasama dalam penganjuran konsert itu.

sumber : harian metro

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget